Wednesday, August 25, 2010

Before & After Marriage



Before Marriage

He: Yes. At last. It was so hard to wait.

She: Do you want me to leave?

He: NO! Don't even think about it.

She: Do you love me?

He: Of course! Over and over!

She: Have you ever cheated on me?

He: NO! Why are you even asking?

She: Will you kiss me?

He: Every chance I get!

She: Will you hit me?

He: Are you crazy! I'm not that kind of person!

She: Can I trust you?

He: Yes.

She: Darling!

After marriage...

Simply read from bottom to top.

Puteri Mayang Mengurai



Tersebutlah kisah di zaman manusia masih pakai nama jambu, mempelam lagi. Ada la sorang mamat tu namanya Buyong. Kerjanya hanyalah bercucuk tanam. Tapi dia ni suka memancing. Pantang ada masa free, mesti dia pergi mancing punya.

Suatu hari tu ada la pengumuman dari pembesar istana bagitau kalau sesiapa ada jumpa sehelai rambut yang panjang, kenalah kembalikan ke istana kerana rambut tu milik Puteri Mayang Mengurai. Sebagai ganjarannya sesiapa yang ada jumpa ngan rambut tu akan dikawinkan dengan Puteri Mayang Mengurai. Ini kerana semenjak kehilangan rambut tu Puteri Mayang Mengurai selalu bersedih sehingga tak lalu nak makan. Apatah lagi nak tidur.

Si Buyong pun mulalah pasang angan-angan yang puteri tu mesti cantik sebab sehelai rambut aje hilang kecoh ke pelusuk negeri. On the way pergi mancing dia cuba bayangkan muka si Puteri Mayang Mengurai. Tanpa disangka, masa tengah mancing tu terlekatlah sehelai rambut yang panjang kat kaki si Buyong. Dia pun agak-agak ni mesti rambut Puteri Mayang Mengurai. Tanpa berlengah lagi dia bawa rambut tu ke istana.

Bila je berita si Buyong dah jumpa rambut Puteri Mayang Mengurai tu heboh sampai ke istana, baginda raja pun buat pengumuman yang si Buyong akan dikawinkan ngan Puteri Mayang Mengurai. Si Buyong buat permintaan nak tengok Puteri Mayang Mengurai. Dalam hati dia lawa gak puteri tu tapi dia pakai selendang tak dapatlah si Buyong tengok rambut dia yang panjang tu. Tapi sempat kembang hidung Buyung sebab dapat kawin dengan anak raja.

Puteri Mayang Mengurai tu pulak bila nampak aje rambut dia yang sehelai tu terus lari. Maka terlepaslah selendang yang menutup kepalanya. Bukan main terperanjat si Buyong sebab rambut Puteri Mayang Mengurai tu cuma 2 helai je. Yang dia jumpa tu rambut ketiga. Apalagi si Buyong pun jatuh pengsan...

Moral :- Jangan pandang seseorang tu pada rambutnya yang panjang sebab belum tentu yg berambut panjang tu lebat rambutnya.

Tuesday, April 6, 2010

Lawak Seram


Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni. Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe...rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..

Thursday, April 1, 2010

Senaman Muka

Lawak Nak Kaya...


Nak Kaya Ker.......?? ?? Kisah Benar Yg Anda Semua
Kena Tau..

Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki ker et a untuk
pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau
berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu
berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang
berpakaian agak compang- camping lalu menegurnya,"
Anak nak ke mana?". Si mamat menj awa b ringkas, "KL"
Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang
sampai ke Pagoh" dan dij awa b oleh si mamat tadi
"Ehm... bolehlah."

Lantas orang tua itu mas uk dan duduk di dalam
ker et anya. Dalam hati si mamat berkata, "Hai, siapalah
orang tua nii, orang ke atau ... " Beliau meneruskan
perjalanannya. Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua
tadi bertanya, "Anak nak kaya tak?" Si mamat tersentak
dan berkata dalam hati,"Dah buat dah orang tua ni. Nak
bagi aku kaya pulak.

Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji
aku?" Si mamat pun j awa b, "Tak apalah pakcik, hidup
sederhanapun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak"
Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si mamat
berkata mungkin j awa pannya adalah yang terbaik
takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi.
Kemudian orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya tak?"
Si mamat j awa b serupa yang tadi, "Tak apalah
pakcik,saya lebih senang hidup sederhana".

Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan
lalu berkata, "Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya
cap Yeo's untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana
tumpangkan pakcik." Terima kasih, ya nak." lalu orang
tua tu turun dari ker et a. Si mamat tersipu-sipu malu
lalu menj awa b, "Terima kasihlah pakcik" lalu
meneruskan perjalanan.

Pengajaran dari cerita tadi, kalau orang bagi kaya
mintak dia roti sekali.



Hahahahahahahahahahahahahahha!!!!!!!

Wednesday, March 31, 2010

Kaki Pancing

Kapak


Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila
lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh
dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa dengan kau?

Pak Ali: Kapak aku terjatuh kedalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan
ketiga- tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama
bersama isterinya. Kali ni isterinye pulak yang jatuh kedalam tasik.
Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: K! enapa kau bersedih?

Pak Ali: Isteriku jatuh kedalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera.

Pari Pari: Inikah isteri kau?

Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."

Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu
masa dulu telah menjadi tamak".

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku
kata 'tidak' pada Christina Aguilera... kau akan bawakan pula Britney
Spears...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan
isteriku...
bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku
yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua".

kahkahkahkahkahakahakahakah....