Friday, August 21, 2009

Pak Pandir beli Handphone

Pada suatu hari,ada seorang yang kaya raya tapi buta teknologi namanya Pak Pandir, datang ke Kuala Lumpur. Ia berasal dari sebuah daerah yang sangat terpencil jauh di dalam hutan. Ia datang ke sebuah kedai handphone. "Saya mahu beli handphone yang paling baru, mahal dan canggih", katanya dengan nada sombong. "Ini encik, handphone yang encik inginkan...tapi wang encik cukup ke?", tanya pemilik kedai tidak yakin.

"Ini duit tiga ribu", jawab Pak Pandir. "Tapi handphonenya tak boleh hidup pun?" marah Pak Pandir. "Oh, encik perlu beli sim card ... baru boleh guna". "Saya beli sim cardnya" jawab Pak Pandir. Tak lama kemudian, urusan mereka pun selesai dan Pak Pandir kembali ke kampungnya.

Sesampai di kampung, handphonenya tak boleh digunakan, Pak Pandir rasa marah dan segera pergi ke Kuala Lumpur semula.

"Awak tipu saya ya!!!Handphone saya tak boleh buat panggilan!!!!!!!!!!" marah Pak Pandir. "Oooooo......mungkin tak ada signal encik".
"Saya beli signalnya sekali. Kalau jual handphone jangan lupa jual signalnya sekali"

Lawak Sengal

Seorang lelaki sengau menaiki sebuah bas, lalu
bertanya kepada pemandu bas, “Vang! Vas nih fegi
hamfang tak?” (bang!bas ni pergi ampang tak?). pemandu
bas berkenaan hanya mendiamkan diri. Marah kerana
tidak dilayan, lelaki sengau it upon turun dari bas.
Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pon
bertanya kepada pemandu bas itu. “kenapa awak tak
jawab tadi? Kesian dia”. Lantas pemandu itu pun
menjawab, “Masham mana haya nak hawab, haya hun hengau
hugak, nanti hia hata haya hehek hia hulakk!”.

Lawyer in his limousine

One afternoon a lawyer was riding in his limousine when he saw two men along the road-side eating grass.

Disturbed, he ordered his driver to stop and he got out to investigate.

He asked one man, "Why are you eating grass?" "We don't have any money for food," the poor man replied. "We have to eat grass."

"Well, then, you can come with me to my house and I'll feed you," the lawyer said.

"But sir, I have a wife and two children with me. They are over there, under that tree."

"Bring them along," the lawyer replied.

Turning to the other poor man he stated, "You come with us, also.

The second man, in a pitiful voice, then said, "But sir, I also have a wife and SIX children with me!"

"Bring them all, as well," the lawyer answered.

They all entered the car, which was no easy task, even for a car as large as the limousine was.

Once underway, one of the poor fellows turned to the lawyer and said, "Sir, you are too kind. Thank you for taking all of us with you."

The lawyer replied, "Glad to do it. You'll really love my place. The grass is almost a foot high"

Harley Davidson

Pada suatu petang, dua org pemuda sedang asyik
bersiar-siar menaiki kereta. Tiba-tiba, ada seorang
penunggang motor Harley Davidson memotong kereta mereka
sambil menjerit “Woi! Korang pernah ke bawak motor
Harley Davidson?” selesai berkata-kata, penunggang motor
itu terus meluncur dengan laju meninggalkan kereta
pemuda ini jauh di belakang. ‘ceh! Berlagak betul
mamat tue. Jom kita kejar dia”, kata pemuda A dengan
marahnya. “ jom! Tangan aku nie dah lama tak pukul
orang nie, terutama orang yg berlagak”, balas pemuda B
pula. Seraya itu, kedua-dua pemuda tersebut terus
mengejar penunggang motor Harley Davidson yg berlagak
tadi. Tak sampai lima minit, mereka bertemu kembali
dengan motor Harley itu. Baru sahaja kereta mereka
berjaya menyaingi motor tersebut, penunggang motor itu
mengulangi ayatnya sekali lagi. “korang pernah ker
naik motor Harley Davidson?” tak sempat kedua-dua
pemuda ini berbuat apa2, motor Harley ini meluncur
dengan lebih laju lagi. “berlagaknya. Takper, aku harap
die ‘accident’ lah kat depan tue karang”, kata pemuda
B. kononnya nak pujuk hati kerana gagal membelasah
pemuda tersebut. Lebih kurang 2 minit perjalanan,
tiba2 mereka ternampak motor Harley Davidson itu
terbabas dan melanggar pembahagi jalan. Mereka ingin
membantu, walaupun hati masih sakit dengan tindakan
penunggang motor itu tadi. Tambahan pula, tiada
sesiapa yg berhenti. Sesampainya mereka di tempat
kejadian, penunggang itu berkata (dalam nada menahan
sakit), “korang pernah ker bawa motor Harley
Davidson?” “Hei, yg kau berlagak sangat ni ape hal?
Dah jatuh luka macam nie pon masih nak tunjuk handal?”
marah pemuda A. “kenapa awak cakap camtue? Saya Cuma
nak tahu kalau2 awak pernah bawak motor Harley
Davidson, boleh jugak awak bagitau saya brek motor nie
kat mana….”

Cerita Pasal Ayam

Ada satu cerita yang berlaku di pasar ayam di Kamunting. Peniaga ayam ini nama dia Sudin. Dia jual ayam yang di beli dari beberapa tempat. Ada pulak seorang pelanggan nama dia Hamidah. Dia ni pelanggan tetap ayam
Sudin. Kak Midah ni dok meniaga nasi dekat kedai berhampiran. Jadi hari hari lah dia beli ayam dari Sudin.

Disebabkan dah setiap hari dok main dengan ayam, sampai Kak Midah dah kenal jenis jenis ayam sebelum di sembelih. Antara ayam yang selalu dipilih oleh Kak Midah alah ayam dari Bangi dan ayam dari Perlis. Selalunya ayam dari Bangi lah yang menjadi pilihan Kak Midah. Kalau tidak dia akan beli ayam dari Perlis sahaja.Kalau tak ada lansung dia tak akan beli ayam lain. Kelebihan yang ada pada Kak Midah ialah dia boleh kenal samada ayam tu dari Bangi atau Perlis ialah dengan membelek punggung ayam tu. Selalunya Sudin akan campur semua ayam yang sampai dalam satu tempat. Jadi jenuhlah Kak Midah dok belek sekor sekor nak cari ayam Bangi atau ayam Perlis. Mula-mula Sudin tak kisah sangat dengan Kak Midah. Tapi lama-lama Sudin dah mula boring . Sebab Kak Midah ni customer tetap Sudin pendam je bengang dia.

Satu hari Kak Midah datang macam biasa dan terus belek punggung ayam nak cari ayam Bangi. Habis semua ayam dibeleknya . tak ada satu pun ayam Bangi atau ayam Perlis. Jadi Kak Midah pun panggil Sudin dan tanya,

Kak Midah : Din ! ayam Bangi tak ada ka.
Sudin : Tu ada dalam tu. (Yang sebenarnya tak ada sebab lori ayam Bangi terbalik dekat (Tanjung Malim)
Kak Midah : Hang toksah dok bohong. Kak Midah dah tengok dah, semua dari tempat lain.
Sudin : Ayam Perlis ada. (Yang sebenarnya pun tak ada sebab lori rosak dekat Nibong Tebal).
Kak Midah : Hang ni, Kak Midah kata tak dak, tak dak la. Hang ingat KakMidah tak kenai ka ayam-ayam tu. Bukan sehari dua Kak Midah dok main dengan ayam.
Sudin : Kak Midah ni memang teror lah, punggong ayam pun dia boleh kenal.
Kak Midah : Baru hang tau siapa Kak Midah. Pakar tengok punggong ayam.(lalu blah sambil tersenyum walau pun tak dapat ayam hari itu).

Kemudian sampailah nak dekat Hari Raya. Kak Midah macam biasalah nak belek punggong ayam. Sudin tengok Kak Midah, bengang je rasa macam nak bertempik dekat Kak Midah sebab orang terlalu ramai dan sesak pada masa tu. Kak Midah perasan yang Sudin memang bengang kat dia. Sambil Sudin dok bersihkan ayam Kak Midah, Kak Midah cuba ambil hati Sudin.

Kak Midah : Din ! Tak balik raya ke tahun ni.
Sudin : Tak!!! (Bengang)
Kak Midah : Famili ada kat sini ke.
Sudin : Tak dak!!
Kak Midah : Habih tu raya dengan siapa.
Sudin : Raya sorang-sorang.
Kak Midah : Kalau Din tak balik kampung mai lah rumah Kak Midah.
Sudin : Tak pa lah, terima kasih je lah.
Kak Midah : Dah lama kita kenal, kak tak tau pun kampung Din. Kampung Din kat mana?
Sudin : (Diam)(Buat tak dengar)
Kak MIdah : Kak tanya ni, kampung Din kat mana.
Sudin : (Masih diam)(Tiba-tiba Sudin naik atas meja lalu membuka seluar dan menonggeng ke arah Kak Midah sambil berkata......). Kalau Kak Midah teror cuba Kak midah belek lubang punggong saya dan teka saya berasal dari mana.
Kak Midah : (Ambil ayam dia dan terus blah)

Kisah Duda & Janda

Di sebuah perkampungan ada seorang duda yang sudah berumur tinggal seorg dirumah nya..anak2nye sume bekerja di bandar...Berdekatan rumah nya itu ada seorang janda yang juga agak berumur dan juga tinggal seorg...Sudah bertahun lama nya mereka berjiran dan sering juga berhubung kala kesunyian....Suatu hari..di petang yang redup...si duda duduk di bawah pokok rambai..merenung ke arah rumah si janda...Si janda perasan dan datang menegur si duda...Pak Uda oii..ape yang di menungkan nye tu......Si duda menunduk seketika..lalu menjawab ..Ada perkara aku nk bgtu ko ni Mak Jan.....Berkerut dahi si janda...kerana kelihatan serius pulak si duda tu...

ape nyer ..serius je bunyi nyer.. ...Si duda merenung si janda...lalu dengan kekuatan yang ade die berkata...Aku ni kepingin nk berbinikan ko...ko sudi tk?.....Si janda tersenyum..dan diam seketika ..lalu si janda menjawab Erm...sudi......Setelah berborak seketika...si janda dan duda pun pulang kerumah masing2 kerana hari sudah menjelang senja...

Pada malam itu..si duda gelisah...dia tidak ingat jawapan yand diberikan si janda petang tadi..adakah dia sudi atau tak...yelah dah tue...memori pendek sket...Setelah berfikir sejenak...si duda tidak jugak mendapat jawapan...lalu terpksalah die bertanya sekali lagi kepada si janda...Si duda mendail no telepon si janda..nak dtg umah tak molek plk dah malam2 cmni...

Helo...mak jan..pak uda di sini...aku ingin bertnya...almaklum dah tua mudah lupa...ptg tdi aku bertnya pada ko sudikah ko berkahwin dengan aku..apakah yang ko jawab.....Mendengar suara si duda..si janda pun berkata Aku jawab aku sudi..ikhlas dari hati...selamat ko telepon aku ..Pak Uda......si duda pelik dengan kata2 si janda lalu bertnya...Kenapa......Dan si janda menjawab..Aku pun lupe sape yang ajak aku kawin ptg tadi...

Abang aku selalu buat

Pada suatu hari, adalah dua orang rakan karib menaiki keta. Keta itu dipandu dgn lajunya...
setibanya di satu Traffic Light, kelihatan lampu traffic light berwarna Merah.
Si pemandu nie tadi dengan selambanya memecut tanpa menghiraukan lampu merah tadi.
Kawan kat sebelah dia cemas gila lalu bertanya."Hei mat kau tak nampak ke lampu Merah tadi?!!"
Mamat menjawab "Jangan takut abang aku selalu buat".

Selang beberapa kilometer keta ini tiba di satu traffic light, lagi lampu traffic light itu Merah.
Tanpa segan silu mamat memecut laju. Kali nie member Mamat tadi lagi bertambah cemas
gila-gila-gila babi lalu memarahi si Mamat tadi. "Lagi sekali kau buat macam tu aku nak
turun tak kira!!!!" mamat dgn selambanya menjawab "Jgn. takut abang aku selalu buat"
selang beberapa kilometer, keta nie sekali lagi tiba di satu traffic light. Secara mengejut
mamat memberhentikan ketanya dgn diikuti kokokkan tayar "SKREET......".
Member mamat nie terus berkata, "Hei! mamat, kau dah gila ke? kan lampu traffic light tu Hijau"
nak tau apa yang si mamat nie jawab............ "aku takut abang aku akan lalu jalan yang satu lagi..."