Friday, August 21, 2009

Harley Davidson

Pada suatu petang, dua org pemuda sedang asyik
bersiar-siar menaiki kereta. Tiba-tiba, ada seorang
penunggang motor Harley Davidson memotong kereta mereka
sambil menjerit “Woi! Korang pernah ke bawak motor
Harley Davidson?” selesai berkata-kata, penunggang motor
itu terus meluncur dengan laju meninggalkan kereta
pemuda ini jauh di belakang. ‘ceh! Berlagak betul
mamat tue. Jom kita kejar dia”, kata pemuda A dengan
marahnya. “ jom! Tangan aku nie dah lama tak pukul
orang nie, terutama orang yg berlagak”, balas pemuda B
pula. Seraya itu, kedua-dua pemuda tersebut terus
mengejar penunggang motor Harley Davidson yg berlagak
tadi. Tak sampai lima minit, mereka bertemu kembali
dengan motor Harley itu. Baru sahaja kereta mereka
berjaya menyaingi motor tersebut, penunggang motor itu
mengulangi ayatnya sekali lagi. “korang pernah ker
naik motor Harley Davidson?” tak sempat kedua-dua
pemuda ini berbuat apa2, motor Harley ini meluncur
dengan lebih laju lagi. “berlagaknya. Takper, aku harap
die ‘accident’ lah kat depan tue karang”, kata pemuda
B. kononnya nak pujuk hati kerana gagal membelasah
pemuda tersebut. Lebih kurang 2 minit perjalanan,
tiba2 mereka ternampak motor Harley Davidson itu
terbabas dan melanggar pembahagi jalan. Mereka ingin
membantu, walaupun hati masih sakit dengan tindakan
penunggang motor itu tadi. Tambahan pula, tiada
sesiapa yg berhenti. Sesampainya mereka di tempat
kejadian, penunggang itu berkata (dalam nada menahan
sakit), “korang pernah ker bawa motor Harley
Davidson?” “Hei, yg kau berlagak sangat ni ape hal?
Dah jatuh luka macam nie pon masih nak tunjuk handal?”
marah pemuda A. “kenapa awak cakap camtue? Saya Cuma
nak tahu kalau2 awak pernah bawak motor Harley
Davidson, boleh jugak awak bagitau saya brek motor nie
kat mana….”

No comments:

Post a Comment