Tuesday, April 6, 2010

Lawak Seram


Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni. Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe...rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..

Thursday, April 1, 2010

Senaman Muka

Lawak Nak Kaya...


Nak Kaya Ker.......?? ?? Kisah Benar Yg Anda Semua
Kena Tau..

Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki ker et a untuk
pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau
berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu
berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang
berpakaian agak compang- camping lalu menegurnya,"
Anak nak ke mana?". Si mamat menj awa b ringkas, "KL"
Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang
sampai ke Pagoh" dan dij awa b oleh si mamat tadi
"Ehm... bolehlah."

Lantas orang tua itu mas uk dan duduk di dalam
ker et anya. Dalam hati si mamat berkata, "Hai, siapalah
orang tua nii, orang ke atau ... " Beliau meneruskan
perjalanannya. Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua
tadi bertanya, "Anak nak kaya tak?" Si mamat tersentak
dan berkata dalam hati,"Dah buat dah orang tua ni. Nak
bagi aku kaya pulak.

Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji
aku?" Si mamat pun j awa b, "Tak apalah pakcik, hidup
sederhanapun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak"
Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si mamat
berkata mungkin j awa pannya adalah yang terbaik
takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi.
Kemudian orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya tak?"
Si mamat j awa b serupa yang tadi, "Tak apalah
pakcik,saya lebih senang hidup sederhana".

Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan
lalu berkata, "Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya
cap Yeo's untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana
tumpangkan pakcik." Terima kasih, ya nak." lalu orang
tua tu turun dari ker et a. Si mamat tersipu-sipu malu
lalu menj awa b, "Terima kasihlah pakcik" lalu
meneruskan perjalanan.

Pengajaran dari cerita tadi, kalau orang bagi kaya
mintak dia roti sekali.



Hahahahahahahahahahahahahahha!!!!!!!